Takrif puasa pada lafaz ialah menahn diri. Manakala pada syarak bermaksud menahan diri daripada makan , minum dan perkara-perkara yang membatalkan bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari dengan syarat-syarat tertentu.
Hukum puasa ramadhan adalah fardhu ain kepada setiap umat Islam yang cukup syaratnya.
Antara sebab-sebab wajib berpuasa ialah :
- nampak anak bulan ramadhan.
- Sempurna bulan Sya’ban.
Rukun Puasa :
Rukun puasa itu ada dua iaitu :
- Niat – Lafaz niat bagi puasa Ramadhan :
Nawaitu sauma rodin an adaai fardhi syahri ramadhana haazihi sanati lillahi taala.
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardhu ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.
Waktu niat bagi puasa ramadhan atau puasa wajib yang lain ialah pada malam hari iaitu dari terbenam matahari sehingga terbit fajar.
- Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari.
Syarat-Syarat Sah Puasa
- Islam
- Mumayyiz – iaitu kanak-kanak yang dapat membezakan antara baik dan yang buruk.
- Suci daripada haid dan nifas.
- Niat – wajib ditentukan niat sama ada untuk puasa ramadhan, puasa wajib ( puasa qada ) , atau puasa sunat ( puasa hari isnin dan khamis )
- Berakal
- Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum kecuali terlupa.
- Masuknya waktu yang ditentukan iaitu masuk bulan Ramadhan.
Syarat-Syarat Wajib Puasa
Syarat wajib puasa ada 5 perkara iaitu :
- Islam : tidak wajib ke atas orang kafir.
- Berakal : Tidak wajib ke atas orang gila.
- Baligh : Tidak wajib ke atas kanak-kanak kecil.
- Berkuasa : Iaitu mempunyai keupayaan untuk berpuasa.
- Bermukim : tidak wajib ke atas orang musafir.
Orang-Orang Yang Tidak Wajib Berpuasa :
- Orang-orang yang uzur.
- Wanita hamil yang bimbang keselamatan diri dan anaknya.
- Ibu-ibu yang menyusukan anaknya.
- Wanita yang haid dan nifas.
Bagi golongan di atas , jika mereka meninggalkan puasa ramadhan , wajib ke atasnya qadak atau menggantikannya melainkan bagi orang yang uzur dan tidak mampu lagi berpuasa maka mereka wajib membayar fidyah.
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja.
- Makan dan minum dengan sengaja mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
- Muntah dengan sengaja.
- Jimak ( bersetubuh ) dengan sengaja pada siang hari.
- Keluar mani dengan sengaja kecuali bermimpi.
- Gila walaupun sekejap.
- Pitam sepanjang hari.
- Mabuk.
- Murtad , keluar dari agama Islam.
- Keluar darah haid atau melahirkan anak.

No comments:
Post a Comment