Al Muizzu ertinya Allah Maha Pemberi kemuliaan. Al Muzillu ertinya Allah Maha pemberi kehinaan. Allah berhak memberi kemuliaan dan kehinaan kepadaa sesiapa yang dikehendakinya. Allah memberi kemuliaan kepada hambanya yang mentaatiNya dan memberi kehinaan kepada orang yang melanggar perintahNya. Kita hendaklah mengikut segala perintah Allah agaar mendapat kemuliaan di dunia dan di akhirat. Apabila kita melakukan kebaikan, bukan Allah sahaja yang memuliakan kita, malah manusia juga turut memuliakan kita. Kemuliaan Allah adalah kemuliaan hakiki.
Assamiiu Dan Al Basiir
Assamiiu ertinya Allah Maha Mendengar. Allah mendengar apa yang kita ucapkan samada secara kuat atau perlahan, dekat atau jauh. Allah juga Maha Mendengar apa yang terlintas di hati dan di fikiran manusia. Al Basiir pula bererti Allah Maha Melihat. Allah Maha Melihat setiap perlakuan hambaNya sama ada tersembunyi atau terang. Pendengaran dan Pengelihatan Allah tidak sama dengan pendengaran dan pengelihatan manusia. Pendengaran dan pengelihatan Allah tidak terhad dan terbatas. Kita hendaklah takut untuk melakukan kejahatan kerana Allah Maha Mendengar dan Melihat setiap apa yang kita lakukan.

No comments:
Post a Comment