11 Julai 2011 - Sekolah SK Serom 3 telah menerima sumbangan daripada bekas pelajar-pelajar SK Serom 3 untuk kegunaan surau baru sekolah. Antara barangan tersebut ialah sejadah, tafsir al quran, telekung dan surah yassin. Sumbangan disampaikan oleh Cikgu Reza yang mewakili bekas pelajar tersebut. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas pelajar tersebut.
Monday, July 11, 2011
Sumbangan Untuk Surau
11 Julai 2011 - Sekolah SK Serom 3 telah menerima sumbangan daripada bekas pelajar-pelajar SK Serom 3 untuk kegunaan surau baru sekolah. Antara barangan tersebut ialah sejadah, tafsir al quran, telekung dan surah yassin. Sumbangan disampaikan oleh Cikgu Reza yang mewakili bekas pelajar tersebut. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas pelajar tersebut.
Thursday, December 24, 2009
Semakan Permohonan SMKA 2010
Semakan untuk mengetahui keputusan permohanan SMKA / KRK / KAA boleh dibuat sekarang di laman web berikut SEMAKAN
Friday, November 9, 2007
KURSUS MENTORING GURU PEMBIMBING jQAF
Kursus ini diadakan pada 7-9 November 2007 di Hotel Prime City , Kluang Johor. Kursus ini memberi pendedahan cara-cara untuk menjadi mentor kepada pelajar jQAF yang akan menjalani kursus praktikum di sekolah-sekolah di Johor mulai Januari tahun hadapan.
Wednesday, October 3, 2007
Asmaul Husna
Al Muizzu Dan Al Muzillu
Al Muizzu ertinya Allah Maha Pemberi kemuliaan. Al Muzillu ertinya Allah Maha pemberi kehinaan. Allah berhak memberi kemuliaan dan kehinaan kepadaa sesiapa yang dikehendakinya. Allah memberi kemuliaan kepada hambanya yang mentaatiNya dan memberi kehinaan kepada orang yang melanggar perintahNya. Kita hendaklah mengikut segala perintah Allah agaar mendapat kemuliaan di dunia dan di akhirat. Apabila kita melakukan kebaikan, bukan Allah sahaja yang memuliakan kita, malah manusia juga turut memuliakan kita. Kemuliaan Allah adalah kemuliaan hakiki.
Assamiiu Dan Al Basiir
Assamiiu ertinya Allah Maha Mendengar. Allah mendengar apa yang kita ucapkan samada secara kuat atau perlahan, dekat atau jauh. Allah juga Maha Mendengar apa yang terlintas di hati dan di fikiran manusia. Al Basiir pula bererti Allah Maha Melihat. Allah Maha Melihat setiap perlakuan hambaNya sama ada tersembunyi atau terang. Pendengaran dan Pengelihatan Allah tidak sama dengan pendengaran dan pengelihatan manusia. Pendengaran dan pengelihatan Allah tidak terhad dan terbatas. Kita hendaklah takut untuk melakukan kejahatan kerana Allah Maha Mendengar dan Melihat setiap apa yang kita lakukan.

Subscribe to:
Comments (Atom)